Monday, July 15, 2013

Biodata Rasulullah, Muhammad SAW


Sore yang sejuk, sambil buka-buka file lama di laptop, eeh nemu artikel ini, lupa dapet dari mana dulu itu. Daripada disimpen rapi, alangkah indahnya jika kuposting di sini dan bisa bermanfaat bagi lebih banyak orang. Semoga bermanfaat yaaa :)

BIODATA RASULULLAH S.A.W

Nama lengkap: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim 
Nama bapak: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim 
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf 
Nama kakek: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama Abdul Muttalib 

 Saudara Bapak: 
 • Al-Harith bin Abdul Muthalib 
 • Muqawwam bin Abdul Muthalib 
 • Zubair bin Abdul Muthalib 
 • Hamzah bin Abdul Muthalib 
 • Al-Abbas bin Abdul Muthalib 
 • Abu Thalib bin Abdul Muthalib 
 • Abu Lahab bin Abdul Muthalib 
 • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib 
 • Hijl bin Abdul Muthalib 
 • Dzirar bin Abdul Muthalib 
 • Ghaidaq bin Abdul Muthalib 

 Nama Ibu susuan Rasulullah: 
 - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
 - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 

 Istri pertama Rasul:  
 Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah, menikah saat Rasul berusia 25 tahun 

 Nama isteri-isteri Rasulullah: 
 1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a 
 2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a 
 3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar) 
 4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina Umar bin Al-Khattab 
 5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah) 
 6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a 
 7. Juwairiyah (Barrah) bt. Harith 
 8. Safiyah bt. Huyay 
 9. Zainab bt. Jansyin 
 10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah 
 11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah 
 12. Zainab bin Khuzaimah (digelar "Ummu Al-Masakin"; Ibu Orang Miskin) 

 Nama anak-anak Rasulullah: 
 1. Qasim 
 2. Abdullah 
 3. Ibrahim 
 4. Zainab 
 5. Ruqaiyah 
 6. Ummi Kalthum 
 7. Fatimah Al-Zahra 
 8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak tiri Rasul, dari pernikahan Saidatina Khadijah sebelumnya, bersama Hind bin Habbasy) 

 Pengalaman bekerja Rasulullah:

 Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu pamannya, yaitu Abu Talib di Syam (Syria).

 Saat beranjak dewasa, baginda telah mulai menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain karena baginda sadar pamannya bukanlah orang yang berada.

 Ketika baginda berusia 25 tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kedua kalinya menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontoh adalah: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. 

 Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menambal pakaian yang koyak, membersihkan rumah dan menjaga anak.

 Sebagai seorang bapak, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

 Gelar Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda senantiasa dipercaya sehingga baginda diberi gelar al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy. 

 Sifat-sifat terpuji Rasulullah: 

 - Berkata benar (siddiq) 
 - Bisa dipercaya (amanah) 
 - Penyampai ajaran Islam (tabliq) 
 - Bijaksana (fatanah) 

 kepimpinan Rasulullah dibalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35 tahun, Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding ka'bah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah memperbaiki bagian yang runtuh. Kemudian timbul perselisihan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan ka'bah. Perselisihan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim untuk menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perselisihan antara ketua kaum Quraisy. 

 Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: 

 - Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari Senin, 17 Ramadan (6 ogos 610 M)
 - Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun. 
 - Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur. 
 - Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." 
 - Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur di samping Makkah. 
 - Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah. 

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: 
 Pada suatu ketika Rasul sedang bertafakkur, datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskannya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku. 

 Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaib dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

 Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceritakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."

 Tokoh-tokoh awal memeluk Islam: 
 • Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) 
 • Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun) 
 • Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam) 
 • Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib) 

0 komentar: